Aku rasa semua mood para blogger Malaysia hyper giler sebab Malaysia menang Piala AFF malam semalam. Berderet-deret status kat FB dan post dekat blog.
Aku tak nak cerita pasal tu sekarang.Jika korang diberi pilihan, mana lagi menakutkan:
1. Bila mak ayah korang add korang dekat Facebook. Bukan setakat diorang je, nenek korang, adik, makcik dan lain-lain add korang dekat Facebook. Kalau setakat add tu boleh diterima lagi tapi bila diorang mula kacau daun dengan life personal korang dengan mengomen setiap gambar dan status. Pastu, boleh siap add lagi kengkawan korang yang lain. Aisehmen!
2. Bila aku nak block atau delete parent aku punya FB, mak aku kata
Cuba la delete kalau beraniTerus aku terdiam sebab syurga di bawah telapak kaki ibu.(anak solehah rupanya aku nih)
3. Bila parent korang baca korang punya blog. Haru biru hidup aku. Memang annoying+rasa nak bukak blog lain tapi rasa sayang dengan blog ni sebab blog ni pun baru buat.
Semua benda tu terjadi kat aku yang inginkan kebebasan berblog dan berfb. Ada tak korang mengalami masalah yang serupa dengan aku?
p/s: So, apa patut aku buat sekarang?

